Contoh Soalan Exam Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41






Contoh Soalan Exam Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41 



Antara Contoh Soalan Exam Sekyen Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred m41. Masa menjawab soalan yang diberikan ialah 45 minit. Ini bukan soalan ramalan tetapi hanya contoh saja sebagai persediaan calon untuk lebih bersedia dan mengetahui serba sedikit bentuk-bentuk soalan yang bakal calon hadapi bagi seksyen B daya menyelesaikan masalah 



Soalan 1 

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

Jawapan :



Soalan 2 :

Rajah di bawah menunjukkan jualan 2 jenis motosikal. Berapakah peratus jualan bulan april bagi motosikal jenis Z berbanding dengan jumlah jualan kedua-dua jenis motosikal bagi 4 bulan berkenaan


Jawapan :


Soalan 3:

Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 12 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah


Jawapan :



Soalan 4 :

Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancongan tempatan dan luar Negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac. Pada bulan April, bilangan pelancong luar Negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan ialah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.



Jawapan :


Soalan 5 :

Dalam satu perlumbaan jalan kaki, Lim berada 15m di depan Chong. Chong melangkah 1m setiap kali kaki Lim melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Chong bagi menyamai Lim ?



Jawapan :




Semoga Contoh soalan diatas memberi manfaat pada bakal-bakal calon. Semoga berjaya :-)

Dapatkan Contoh Soalan Penuh 40 soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41 DISINI




0 comment... add one now