Permohonan Jawatan Kosong Jururawat U29,U32,U36 dan U41

 
PERMOHONAN JURURAWAT 2016

 

Anda Nak Mohon Jawatan Jururawat di SPA? Tahukah anda  Permohonan Jawatan Jururawat untuk Gred U29,U32,U36 dan U41 telah berubah bermula julai 2016

Berikut ialah senarai semak baru kelayakan untuk memohon jawatan jururawat di SPA;

BIL
SENARAI SEMAK
LAYAK/TIDAK LAYAK
A
SYARAT LANTIKAN


warganegara Malaysia;


berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


B
LANTIKAN KE GRED U29


Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)



Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan


C
LANTIKAN KE GRED U41


Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).



Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


D
TUGAS ASAS JURURAWAT


  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.


E
JURURAWAT GRED U29


  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
      1. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
      2. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
      3. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
      4. Perkhidmatan perancang keluarga.
      5. Pendidikan kesihatan.
    2. Latihan
      Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
    3. Menyelia
      1. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
      2. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
    4. Pentadbiran
      1. Mentadbir klinik.
      2. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
      3. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
      4. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
    5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
      1. Penjagaan Pesakit
        1. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
        2. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
        3. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
        4. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
      2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
      3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
      4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
      5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.


F
JURURAWAT GRED U41


  1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
    • Pemantauan Kejururawatan
    • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
  2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
    • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
    • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
  3. Kawalan Mutu
    • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
    • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
  4. Latihan Kejururawatan
    Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.


0 comment... add one now